Tuesday, November 29, 2016

Sharp hasilkan phone edisi khas Star Wars


Demam Star Wars akan meningkat bulan hadapan dengan penayangan filem Star Wars Rogue One. 

Sempena penayangan filem ini, Sharp menghasilkan peranti edisi khas Star Wars dengan dua pilihan warna. Warna merah untuk Dark Side dan putih untuk Light Side.

Peranti mempunyai skrin 5.3 iinci IGZO HD penuh, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. 

Kamera utama ialah sebesar 22.6 megapixel manakala kamera hadapan ialah 5 megapixel. 


Selain rekaan bertemakan Star Wars, model ini turut dilengkapi antaramuka, emoji, gambar latar belakang, permainan dan filem The Force Awakens Star Wars. 

Tawaran hanya diberikan kepada pelanggan Softbank dan ia dijual pada harga RM3,866 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates