Tuesday, September 8, 2015

Z5 Premium telah dilancarkan oleh Sony yang merupakan telefon pintar 4K pertama didunia


Sony telah lancarkan Xperia Z5 Premium di IFA yang kini berlansung di Berlin. 

Xperia Z5 Premium merupakan telefon pintar pertama didunia yang hadir dengan skrin paparan 4K dan dengan kepadatan piksel mencecah 809ppi.

Skrin paparan 5.5-inci daripada Sony ini adalah panel IPS Triluminos yang mempunyai resolusi 3840 x 2160. Resolusi skirn paparan ini adalah empat kali ganda berbanding skrin paparan 1080p dan dua kali ganda lebih baik berbanding skrin paparan QHD.

Selain itu, Z5 Premium juga hadir dengan kamera yang lebih baik iaitu kamera 23MP Sony Exmor RS dengan aperture f/2.0.

Kamera ini juga mampu merakam video 4K dengan teknologi ‘Intelligent Active Mode’ dan ‘SteadyShot’ yang memberikan video yang lebih lancar, tajam tidak kira pada waktu malam ataupun pagi.

Selain itu, kamera ini juga mampu melakukan fokus didalam masa 03. Saat manakala sensor dan lensa yang lebih baik pada Z5 Premium ini menjanjikan gambar yang lebih terang pada waktu malam dan 5x zoom digital tanpa sebarang pengurangan kualiti.

Kamera selfie Z5 Premium ini adalah 5MP Exmor R dengan lensa lebar 25mm dan mempunyai kebolehan untuk merakam video 1080p.

Selain itu, Xperia Z5 Premium ini hadir dengan reka bentuk berasakan keluli tahan karat dan mempuyai warna hitam, emas dan chrome. Seperti telefon pintar Xperia lain, Z5 Premium juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk iaitu IP65/68.

Turut baru pada model ini adalah, pengesan capjari dan butang power yang telah diubahsuai dan mempunyai ukiran Xperia pada sisi.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki oleh Xperia Z5 Premium adalah Android 5.1, pemproses Snapdragon 810, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman, slot microSD yang menyokong sehingga 200GB tambahan memori dan bateri yang mampu bertahan sehingga 2 hari.

Sony Xperia Z5 Premium akan mula ditawarkan di pasaran dunia mulai bulan November ini didalam dua versi iaitu versi biasa dan versi dwi-SIM.

Selain Z5 Premium, Sony turut memperkenalkan Sony Xperia Z5 dan Xperia Z5 Compact yang akan hadir dengan skrin paparan 1080p 5.2-inci dan skrin paparan 4.6-inci 1080p. kedua-dua peranti Xperia Z5 ini juga berkongsi kebanyakkan spesifikasi yang dimiliki oleh Xperia Z5 Premium.

Berikut adalah perbandingan spesifikasi ketiga-tiga Sony Xperia Z5 ini


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates