Tuesday, September 8, 2015

Huawei Mate S dengan skrin skrin paparan ‘Force Touch’ telah dilancarkan


Huawei juga tidak terlepas daripada tumpuan apabila melancarkan telefon pintar pertama didunia yang akan hadir dengan teknologi skrin paparan ‘Force Touch’ di IFA 2015.

Huawei Mate S yang hadir skrin paparan AMOLED berukuran 5.5-inci yang dilindungi dengan gelas keselamatan 2.5D daripada Corning iaitu Gorilla Glass 4.

Teknologi Force Touch yang disertakan pada Huawei Mate S telah memberikan telefon pintar ini fungi penggunaan ‘Knuckle Control’ yang memasuki pasaran melalui Huawei P8. 

Selain itu, seperti Mate 7, Huawei Mate S juga hadir dengan pengesan capjari yang diberi posisi pada bahagian belakang telefon pintar.


Selain itu, dari segi dalaman, Huawei mengekalkan pengunaan cip pemprosesan mereka yang sendiri iaitu Kirin 935 yang mempunyai kelajuan 2.2GHz dan disertakan dengan 3GB RAM. 

Terdapat dua pilihan kapasiti memori simpanan dalaman yang ditawarkan buat masa ini iaitu 32GB bagi versi standard, 64GB bagi versi Premium. 

Selain itu, Huawei Mate S juga dijangka akan ditawarkan dengan versi 128GB.

Jika anda masih ingat, ketika pelancara P8, ketua pegawai ekesekutif Huawei telah menegaskan bahawa syarikat ini akan sentiasa memberikan inovasi kamera yang terbaik di pasaran dan ianya terbukti sekali lagi pada Huawei Mate S.


Huawei Mate S hadir dengan kamera 13MP BSI Sensor dengan RGWB yang membantu pengumpulan cahaya dan turut disertakan dengan OIS yang mampu membetulkan pergerakan sehingga 1.2 darjah. 

Lensa kamera ini lengkap dengan gelas Sapphire sebagai perlindungan tambahan. Kamera ini juga mempunyai fungsi ‘profesional’ yang membolehkan anda mengawal kesemua tetapan sebelum mengambil gambar.

Bagi kamera hadapan pula, Mate S hadir dengan kamera 8MP f/2.4 yang turut hadir dengan lampu LED.

Huawei Mate S hadir dengan sistem operasi Android 5.1.1 yang disertakan dengan UI Huawei EMUI3.1, bateri berkapasiti 2,700mAh dan NFC.


Huawei Mate S dijangka akan memasuki pasaran utama dunia bulan ini dan bagi pasaran tempatan, telefon pintar ini telah disahkan juga akan memasuki pasaran Malaysia September 2015 ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates