Tuesday, September 8, 2015

Samsung Galaxy Note 5 dan S6 Edge+ mula dijual di Malaysia


Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 Edge Plus ke pasaran tempatan.

Samsung Galaxy Note 5 akan hadir ke pasaran dengan harga penjualan RM 2699 dan bagi setiap pembelian telefon pintar ini anda juga akan pad pengecasan tanpa wayar dan powerbank Samsung secara percuma ( bernilai RM 538).


Selain itu,Samsung juga akan memberikan potongan 50% diskaun bagi pembelian unit kedua Galaxy Note 5. promosi ini terhad kepada 100 pembeli pertama di Sunway Pyramid, 50 pembeli pertama di Penang dan 50 pembeli pertama di Johor pada 4 September ini.


Galaxy Note 5 akan ditawarkan didalam versi 32GB ( dwi-SIM) dengan dua pilihan warna iaitu emas platinum dan putih. .

Bagi Galaxy S6 Edge+ pula, ianya akan mempunyai harga penjualan RM 3099 dan pengguna juga akan menerima pad pengecasan tanpa wayar dan powerbank Samsung secara percuma ( bernilai RM 538).


Samsung Galaxy S6 Edge+ pula juga akan ditawarkan didalam versi 32GB (dwi-SIM) dengan dua pilihan warna emas platinum dan hitam.

Selain itu, dengan pembelian kedua-dua peranti ini, pengguna juga akan menerima langgangan iFlix secara percuma selama 6 bulan dan pengstriman muzik Samsung Milk Music.


Selain itu, Samsung turut menawarkan akesori tambahan yang mana harga bagi akesori ini telah disenaraikan pada gambar diatas



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates