Tuesday, September 8, 2015

Nextbit Robin telah dilancarkan


Nexbit melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Nexbit Robin yang direka bentuk oleh bekas pekerja syarikat gergasi elektronik dunia dengan niat untuk mengubah pengunaan telefon pintar dan membuka satu lembaran baru didalam pasaran Android.

Nextbit Robin direka bentuk untuk memberikan pengunaan yang paling selesa dan tidak memfokuskan kepada reka bentuk kosmetik sahaja. Pasukan yang mereka bentuk telefon pintar ini menegaskan bahawa kesemua butang dan fungsi diletakkan pada lokasi yang paling sesuai bagi pengguna.


Beralih kepada spesifikasi, Robin hadir dengan skrin paparan IPS 5.2-inci 1080p, pemproses Snapdragon 808, 3GB RAM, 13MP kamera dengan flash dua-tona dan kamera selfie 5MP.

Selain itu, Robin juga dilengkapi port USB-C, teknologi pengecasan pantas, Bluetooth 4.0, , NFC, Wi-Fi a/b/g/n/ac, LTE, pengesan cap jari, pembesar suara stereo hadapan dan bateri berkapasiti 2,680mAh.

Selain itu, terdapat 4 lampu notifikasi LED yang diletakkan pada bahagian belakang telefon pintar ini untuk memberikan notifikasi penting.



Apa yang ingin ditekan oleh Nexbit adalah spesifikasi hanya satu faktor kecil dan Nexbit Robin adalah telefon pintar yang lebih pintar. Ianya hadir dengan sistem operasi terbaru daripada Google iaitu Android Marshamallow dan mempunyai memori simpanan dalaman 32GB yang didakwa tidak akan penuh kerana ianya merupakan telefon pintar pertama yang bersandarkan kepada ruang simpanan ‘cloud storage’.

Sistem operasi Nexbit ini akan memastikan kesemua data seperti gambar, video, dan aplikasi disimpan didalam ruang simpanan maya ini dan jika telefon pintar ini dapat mengesan bahawa anda sudah tidak lama menggunakan aplikasi atau gambar, ianya akan bertindak memadamnya dari telefon pintar namun ianya akan masih disimpan di ruang simpanan ‘cloud’ dan and ajika anda mahu anda boleh mendapatkanya kembali dengan sambungan internet.

Robin akan sentiasa menguruskan kapasiti memori simpanan dalaman anda dan anda tidak akan menghadapi masalah kekurangan ruang simpanan dalaman. kesemua benda yang selalu diakses oleh anda akan disimpan di telefon pintar manakala yang lain akan disimpan di ruang simpanan maya dan akan diberikan apa bila anda memerlukanya.


Kesemua data ini akan disimpan di ‘cloud storage’ apabila anda sedang mengecas telefon pintar dan dan mempunyai sambungan Wi-Fi. Nexbit Robin akan hadir dengan 100GB ruang simpanan maya yang percuma seumur hidup dan jika itu tidak cukup anda juga akan mendapat tambahan ruang simpanan secara percuma.

Model ini sudah mula ditawarkan di Kickstarter didalam dua warna iaitu hijau ‘mint’ dan hitam. Pada waktu ini, ianya telah melepasi sasaran $500,000 dengan kempen masih berbaki 29 hari lagi.

Bagi 1,000 pembeli terawal, Nexbit Robin akan ditawarkan pada harga $299 (RM 1,258) dengan harga pada Kickstarter adalah $349 (RM 1,468) manakala harga penjualan komersial adalah $399 (RM 1,679).

Nexbit Robin akan mula dihantar kepada pembeli mulai Januari tahun hadapan sebelum fasa kedua penghantaran dibuat sebulan kemudian dan satu lagi maklumat yang ingin kami kongsikan adalah, ianya akan dikilangkan oleh Foxconn yang merupakan pengilang produk Apple.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates