Thursday, August 20, 2015

Sony Xperia C5 Ultra Dual dan Xperia M5 Dual akan mula dijual di Malaysia tidak lama lagi


Selang beberapa minggu selepas pelancarannya , pihak Sony Mobile Malaysia dilihat telah pun bersedia untuk pelancarannya di Malaysia dan bekerjasama dengan pihak 11Street untuk pelancaran peranti berkenaan. 

11Street akan membuka pendaftaran minat untuk kedua-dua telefon ini bermula esok – 19 Ogos sehinggalah 31 Ogos 2015 ini. 

Penghantaran peranti ini kepada pengguna akan dilakukan dalam masa 7 hari selepas tarikh 31 Ogos 2015.

Xperia C5 Ultra Dual merupakan telefon pintar memfokuskan kepada selfie, hadir dengan skrin bersaiz 6-inci dengan resolusi 1980×1080 pixel, cip pemprosesan MediaTek MTK6752 1.7Ghz, memori 2GB RAM, serta ruangan storan 16GB. 

Peranti ini hadir dengan kamera depan dan belakang 13-megapixel.

Untuk Xperia M5 Ultra Dual pula, ia membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, cip MediaTek Helio X10 2.0Ghz, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB, serta bateri berkapasiti 2600mAh. 

Ia menyertakan kamera belakang 21.5-megapixel dan juga kamera hadapan 13-megapixel.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan sokongan dwi-SIM LTE, serta ketahanan bateri sehingga 2 hari lamanya. 

Xperia M5 Dual turut menyertakan sokongan kalis air dan debu bersama-sama dengannya.

Di Malaysia, Xperia C5 Ultra Dual akan dijual pada harga RM1399, sementara Xperia M5 Dual pula dijual pada harga RM1599.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates