Sunday, August 9, 2015

Samsung Galaxy Tab S2 akan mula dijual di Malaysia bermula 14 Ogos 2015


Samsung secara rasminya telah memperkenalkan tablet Galaxy Tab S2 ke pasaran Malaysia di satu majlis previu media eksklusif.,

Galaxy Tab S2 akan hadir ke pasaran Malaysia mulai 14 Ogos didalam versi LTE selain dua saiz skrin yang berbeza iaitu 8-inci dan 9.7-inci dengan resolusi 2048×1536. 

Kepadatan piksel bagi skrin 8-inci berada pada kadar 320ppi dan 264ppi bagi skrin paparan 9.7-inci

Kebanyakkan spesifikasi yang dimiliki oleh kedua-dua versi adalah hampir sama, 

Tab S2 hadir dengan pemproses octa-core Exynos 5433, 3GB RAM, 32 atau 64GB memori simpanan dalaman, kamera utama 8MP, kamera selfie 2.1MP dan akan mempunyai sensor pengesan capjari yang sama seperti pada Galaxy S6.

Galaxy Tab S2 dengan skrin paparan 9.7-inci akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,870mAh manakala versi 8-inci akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh.


Selain itu, kedua-dua tablet ini juga mempunyai slot microSD yang menyokong tambahan kapasiti ruang simpana sehingga 128GB dan beoperasi berasaskan sistem operasi Android 5.0.2 Lollipop.

Berdasarkan previu ini, kami dapat merumuskan bahawa tablet ini mempunyai kenipisan yang sangat luar biasa iaitu hanya 5.6mm.

Sebagai perbandingan, tablet Galaxy Tab S2 ini adalah lebih nipis daripada Apple iPad Air 2 dan Sony Xperia Z4 yang mempunyai kenipisan 6.1mm.

Galaxy Tab S2 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu putih, hitam dan emas dengan harga penjualan seperti berikut: 




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates