Sunday, August 9, 2015

Asus telah melancarkan Zenfone 2 Deluxe dan Zenfone 2 Laser


Asus secara rasminya telah melancarkan beberapa telefon pintar didalam siri ZenFone bagi memperkuatkan lagi barisan telefon pintar didalam siri popular ini.

Asus Zenfone 2 Deluxe adalah versi Zenfone 2 yang hadir dengan reka bentuk yang lebih elegan , manakala satu lagi versi Zenfone 2 iaitu Zenfone 2 Laser merupakan versi yang mempunyai skrin paparan 5.0-inci namun dengan unit kamera yang lebih baik.

Walaupun secara asasnya, Zenfone 2 Deluxe ini adalah Zenfone 2 yang dilancarkan pada bulan Mac yang lalu, 

Zenfone 2 hadir dengan reka bentuk unik yang dikenali sebagai “premium-crafted polygonal design.” 

Reka bentuk mempunyai 500+ bentuk segitiga yang digabungkan untuk membentuk satu objek yang dikenali sebagai “crystal miracle.”

Zenfone 2 Deluxe masih ditawarkan dengan spesifikasi yang hampir sama seperti Zenfone 2 iaitu skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, sokongan dwi-SIM dan pemproses Intel Atom Z3560 dan Z3580. 

Jika sebelum ini dua kapasiti RAM digunakan, Asus telah membuat keputusan untuk menggunakan 4GB RAM bagi kedua-dua jenis pemproses.


Selain itu, memori simpanan dalaman juga telah diberikan tambahan, Asus Zenfone 2 Deluxe ini hadir dengan memori simpanan dalaman 64GB dan 128GB dan jika itu tidak mencukupi anda juga boleh menambah 128GB lagi melalui slot microSD.

Unit kamera versi Deluxe ini masih sama seperti versi asal iaitu kamera 13MP dengan teknologi PixelMaster manakala kamera selfie adalah 5MP. 

Selain itu, Zenfone 2 Deluxe juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas ‘ BoostMaster’ yang mampu memberikan pengecasan 60% didalam masa 39 minit.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates