Sunday, August 9, 2015

Oppo R7 bakal dilancarkan di Malaysia pada 11 Ogos 2015


Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa satu lagi telefon pintar didalam siri R7 iaitu Oppo R7 bakal tiba di pasaran Malaysia selepas pelancaran R7 Plus dan R7 Lite bulan lalu

Oppo R7 hadir mempunyai skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm MSM8939 Octa-core 1.5GHz, 3GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman ( kad microSD).

Selain itu, Oppo R7 juga hadir dengan bateri berkapasiti 2320mAh yang turut mempunyai teknologi pengecasan VOOC dimana dengan pengecasan 75% boleh dicapai didalam masa 30 minit.

Selain itu, Oppo R7 mempunyai kamera utama 13MP, kamera hadapan 8MP dan UI Color OS 2.1 yang mungkin berasaskan Android 5.1 Lollipop.


Oppo R7 juga hadir dengan sensor RGBW yang baru ini dikatakan mampu mengambil gambar yang 32% lebih cerah dan 78% kurang kabur.

Oppo R7 juga menyokong rangkaian LTE dan USB ‘on-the-go’ dan merupakan peranti yang menyokong dwi-SIM.

Harga penjualan bagi Oppo R7 ini akan diumumkan pada 11 Ogos ini dan mula dijual di semua pengedar sah Oppo mulai 12 Ogos 2015 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates