Friday, August 14, 2015

Apple iPhone 6C dikhabarkan bakal dilancarkan bersama-sama Iphone 6S dan 6S Plus


Jika info ini betul, ini akan menjadi kali pertama Apple memperkenalkan tiga model iPhone serentak didalam sejarah syarikat.

Walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai iPhone 6C ini, adalah selamat untuk kami perkatakan bahawa ianya akan memiliki skrin paparan yang lebih kecil berbanding iPhone 6S dan iPhone 6S Plus.

Selain itu, untuk tidak mengulangi sejarah kegagalan iPhone 5c, iPhone 6c dijangka akan dilengkapi dengan spesifikasi yang hampir sama dengan generasi baru iPhone dan terdapat juga kemungkinan ianya akan hadir dengan reka bentuk berasaskan besi selain kapasiti bateri yang lebih besar.

Jika benar Apple melancarkan iPhone 6C, is memperlihatkan kesungguhan syarikat Cupertino ini untuk memenuhi permintaan pasaran bagi telefon pintar yang lebih kecil dan berpatutan.

Pelancaran generasi iPhone akan diadakan pada 9 September 2015 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates