Friday, August 14, 2015

Leagoo telah lancarkan Elite 4 dan Elite 5


Selain pelancaran telefon pintar utama Elite 1, Leagoo secara rasminya juga telah memperkenalkan dua telefon pintar didalam siri Elite iaitu Elite 4 dan Elite 5 yang hadir dengan sokongan 4G dan mempunyai harga penjualan yang berpatutan.

Leagoo Elite hadir ke pasaran sebagai telefon pintar 4G paling berpatutan dengan harga penjualan hanya RM 499.

Elite 4 hadir dengan skrin paparan skrin paparan qHD berukuran 5.0-inci yang mempunyai resolusi 960×540 dengan kepadatan piksel 220ppi, pemproses quad-core, 1GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.


Selain itu, Elite 4 juga hadir dengan kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP, sokongan dwi-SIM, bateri berkapasiti 2,400mAh dan Leagoo OS1.1 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Elite 4 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu putih, hitam, emas dan merah jambu dan akan mula dijual di pasaran tempatan pada 28 Ogos ini.

Berlaih kepada satu lagi telefon pintar siri Elite iaitu Elite 5 yang hadir ke pasaran dengan kapasiti bateri yang sangat memberangsangkan.


Leagoo Elite 5 hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5.5-inci yang mempunyai kepadatan piksel 267ppi, pemproses quad-core 64-bit berkelajuan 1.0GHz, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.


Seperti Elite 4, Elite 5 juga hadir dengan sokongan dwi-SIM namun memiliki kamera yang lebih baik iaitu kamera 13MP dibelakang dan kamera 8MP bagi penggemar selfie.

Seperti yang kami perkatakan, Elite 5 hadir dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 4,000mAh yang mampu memberikan jangka hayat bateri yang lebih panjang.

Elite 5 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu putih, kuning dan hitam pada harga RM699 dan akan memasuki pasaran tempatan pada 28 Ogos 2015 ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates