Friday, August 14, 2015

Samsung Galaxy S6 Edge+ dilancarkan secara rasmi


Samsung Galaxy S6 Edge+ hadir dengan skrin paparan yang lebih besar, 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3,000mAh iaitu secara keseluruhanya lebih baik berbanding Galaxy S6 Edge.

Skrin paparan ini memiliki kepadatan piksel 518 ppi dan ianya adalah saiz yang sama dimiliki oleh Galaxy Note 5.

Dari segi pemproses pula, ianya hanya dengan pemproses Exynos 7420 yang sama seperti S6 Edge dan syarikat gergasi Korea ini mendakwa ianya merupakan antara cip pemproses terbaik di pasaran.

Beralih kepada bahagian kamera pula, S6 Edge+ masih mengekalkan unit kamera yang sama seperti S6 Edge iaitu kamera hadapan 16MP dan kamera utama 5MP dengan aperture f/1.9 yang lebih cerah.


Seperti Note5, Galaxy S6 Edge+ juga menyokong sistem pembayaran Samsung Pay selain bateri berkapasiti 3,000mAh yang menyokong pengecasan pantas tidak kira menggunakan kable ataupun pad pengecasan tanpa wayar.

Selain itu, Samsung Galaxy S6 Edge+ hadir dengan sistem operasi Android 5.1.1 Lollipop yang disertakan dengan TouchWiz UI.

Seperti Galaxy Note 5, model ini akan ditawarkan didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB dengan 4 warna iaitu hitam sapphire, putih mutiara, emas platinum dan perak titanium.

S6 Edge+ akan memasuki pasaran Malaysia didalam versi dwi-SIM dan Samsung mungkin akan mula menawarkanya pada penghujung bulan Ogos ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates