Friday, August 14, 2015

Samsung Galaxy Note 5 yang dinanti ramai akhirnya dilancarkan


Samsung Galaxy Note5 adalah evolusi daripada Note 4 namun memiliki DNA daripada satu lagi telefon pintar utama Samsung iaitu Galaxy S6. Seperti S6, Note 4 hadir dengan reka bentuk berasaskan panel gelas.

Walaupun dengan saiz skrin paparan yang sama iaitu 5.7-inci, Note5 lebih nipis dan mempunyai panel sisi yang lebih kecil.

Samsung masih mengekalkan pengunaan skrin paparan Super AMOLED QHD dan keunikan stylus S-Pen namun kini stylus ini dlihat lebih pintar. S-Pen juga boleh ditekan iaitu untuk mengeluarkanya daripada slot dan tidak seperti dahulu dimana pengguna perlu menariknya keluar.

Selain itu, dengan mengeluarkan S-Pen anda dengan serta mertanya sudah boleh mencatit nota pada skrin paparan anda walaupun skrin masih terpadam.



Jika skrin anda sudah aktif, anda akan disajikan dengan fungsi ‘Air Command’ yang baru dan kini anda juga boleh meletakkan pintasan ke aplikasi untuk memudahkan lagi kerja anda.

Bercakap mengenai kebolehan dalam yang dimiliki oleh Note5, ianya menjadi telefon pintar pertama Samsung yang hadir dengan 4GB RAM dan turut hadir dengan pemproses Exynos 7420 yang merupakan cip pemprosesan paling pantas dipasaran.

Memori simpanan dalaman Note5 kini berasakan UFS 2.0 yang lebih pantas berbanding eMMC 5.0 dan seperti S6 dan S6 Edge, tiada slot microSD. Note5 hadir didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB.


Beralih kepada bahagian kamera, Samsung telah membuat keputusan untuk menggunakan unit kamera yang sama seperti yang dimiliki oleh Galaxy S6 iaitu kamera 16MP dengan aperture f/1.9 dan OIS. Ianya juga mampu merakam video 4K dan tidak lupa kamera hadapan 5MP yang turut memiliki aperture yang sama.

Samsung juga menawarkan Note5 dengan kualiti audio berkualiti tinggi dan turut memiliki sistem pembayaran Samsung Pay yang beroperasi menggunakan NFC atau MST ( magnetic secure transmission) dan bateri berkapasiti 3,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas dan tanpa wayar.


Samsung Galaxy Note5 akan ditawarkan didalam empat warna iaitu hitam sapphire, putih mutiara, emas platinum dan perak titanium.

Bagi pasaran Malaysia, Samsung Galaxy Note5 mungkin akan ditawarkan lewat bulan ini dan didalam versi dwi-SIM dan dijangka akan mempunyai harga penjualan sekitar RM2699.

Saksikan video rasmi Samsung Galaxy Note 5 .





0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates