Thursday, August 6, 2015

Moto X Style, Moto X Play dan Moto G dilancarkan oleh Motorola


Motorola secara rasminya telah melancarkan tiga telefon pintar terbaru mereka yang akan meliputi kesemua pasaran.

Moto X Style/ Moto X edisi Pure

Moto X Style adalah telefon pintar utama Motorola dan ianya hadir dengan spesifikasi yang memberangsangkan. 

Moto X Style hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7 inci dengan 76% permukaan hadapan adalah skrin dan turut mempunyai pembesar suara stereo pada bahagian hadapan.


Spesifikasi lain yang dimiliki telefon pintar utama Motorola ini juga tidak kurang hebatnya, antara spesfikasinya adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 808, 3GB RAM dan tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16/32/64GB dan masih terdapat slot microSD yang boleh menyokong sehingga 128GB.

Motorola X Style turut hadir dengan kamera 21MP f/2.0 yang turut mempunyai teknologi fokus auto ‘Phase Detection’ dan flash led CCT ‘Dual Color Correlated Temperature’. 

Motorola mendakwa kamera yang dimiliki oleh Moto X Style adalah antara tiga kamera telefon pintar terbaik didunia. 

Selain itu, kamera selfie Moto X Style adalah 5MP dengan lensa lebar 87-darjah dan flash hadapan

Motorola Moto X Style hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh yang hadir dengan teknologi pengecasan pantas TubroCharger 25 yang mampu memberikan anda 34% caj bateri didalam masa 15 minit.

Motorola Moto X Style akan ditawarkan di Amerika Syarikat mulai bulan September 2015 pada harga RM1519 .

Motorola Moto X Play

Motorola Moto X Play adalah telefon pintar yang hadir dengan spesifikasi pertengahan namun menawarkan jangka hayat bateri yang lebih baik.


Spesifikasi Moto X Play hadir dengan skrin paparna 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Snapdragon 615, 2GB RAM dan tiga pilihan memori simpanan iaitu 16GB, 32GB dan 64GB selain slot microSD.

Selain itu, Moto X Play turut mewarisi unit kamera yang sama seperti X Style namun seperti diduga, tiada sokongan rakaman video 4K manakala kamera selfie 5MP Moto X Play ini tidak mempunyai lampu flash.

Motorola dilihat memfokuskan kepada penawaran jangka hayat bateri yang lebih baik bagi Moto X Play ini, ianya hadir dengan kapasiti bateri 3630mAh yang didakwa mampu memberikan pengunaan selama 2 hari dan terdapat juga sokongan pengecasan pantas.

Motorola Moto X Play akan ditawarkan pada harga RM1139 dan akan ditawarkan di 60 negara seluruh dunia mulai bulan Ogos 2015.

Motorola Moto G (generasi ke-3)

Motorola Moto G adalah telefon pintar mampu milik dan ianya hadir dengan skrin paparan HD 720p berukuran 5-inci, pemproses Snapdragon 410, 2GB RAM, dan 16GB memori simpanan dalaman. selain itu, 

Moto G ini juga hadir didalam satu lagi varian yang mempunyai 1GB RAM dan 8GB memori simpanan dalaman.


Moto G generasi ketiga ini juga hadir dengan kamera utama 13MP yang mempunyai lampu flash led dwi-tona dan kamera selfie 5MP.

Selain itu, walaupun telefon pintar kelas mampu milik, ianya masih ditawarkan kapasiti bateri yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya iaitu peningkatan kepada 2,740mAh dan turut hadir dengan Android 5.1.1 Lollipop.

Salah satu ciri yang mampu pengunaan membeli telefon pintar ini adalah kebolehan model ini digunakan didalam air, ianya hadir dengan pensijilan IPx7 yang membolehkanya digunakan didalam air 1m selama 30 minit.

Moto G generasi ketiga ini sudah mula dijual dibeberapa pasaran dengan harga penjualan RM685 bagi versi 1GB RAM/8GB ROM manakala RM838 bagi versi 2GB RAM/16GB ROM.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates