Thursday, August 6, 2015

Sony Xperia C5 Ultra dan Xperia M5 dilancarkan secara rasmi


Sony secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar terbaru didalam siri Xperia iaitu Xperia C5 Ultra dan Xperia M5.

Sony Xperia C5 Ultra adalah pengganti kepada Xperia C3 yang dikategorikan sebagai telefon pintar selfie dan sebagai menjaga reputasi telefon pintar selfie, 

Sony C5 Ultra hadir dengan kamera 13MP pada bahagian hadapan dan belakang yang sama seperti HTC Desire Eye. 

Kamera hadapan telefon pintar ini hadir dengan lensa 22mm dan mempunyai lampu flash LED.

Selain itu, spesifikasi yang dimiliki oleh C5 Ultra tidak kurang hebatnya, ia memiliki skrin paparan IPS 1080p 6.0-inci dengan panel sisi yang sangat nipis, pemproses octa-core MediaTek MT6752, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, slot microSD, bateri berkapasiti 2,930mAh, LTE dan Android 5.0 Lollipop.

Sony Xperia M5 pula hadir ke pasaran sebagai telefon pintar kelas pertengahan ‘super mid-range’ dan mewarisi kebanyakkan ciri-ciri Xperia Z. ianya mempunyai reka bentuk OmniBalance dengan panel kaca pada bahagian hadapan dan belakang. M5 juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP65 & IP68.


Seperti C5 Ultra, Xperia M5 juga hadir dengan skrin paparan 1080p namun berukuran 5.0-inci. 

Selain itu, turut melengkapi telefon pintar ini adalah, pemproses Helio X10, 3GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dengan slot microSD, kamera utama 21.5MP, kamera selfie 13MP, bateri berkapasiti 2,600mAh, LTE dan Android 5.0 Lollipop.

Kedua-dua Xperia C5 Ultra dan Xperia M5 mampu menyokong kad microSD sehingga 2TB dan akan ditawarkan didalam dua versi iaitu versi satu SIM dan versi Dwi-SIM.

Xperia C5 Ultra dan M5 akan mula memasuki pasaran utama dunia mulai pertengahan bulan ini namun harga penjualanya masih belum diumumkan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates