Thursday, August 6, 2015

Gambar Samsung Galaxy Note 5 dibocorkan


Pelancaran Samsung Galaxy Note 5 bersama-sama Galaxy S6 Edge Plus akan berlangsung minggu hadapan dan seperti kebiasaanya semakin kita hampir kepada tarikh pelancaran, penampilan tidak rasmi peranti ini akan mula membanjiri laman berita.

Jika awal minggu ini, lakaran rasmi kedua-dua telefon pintar ini dimuat turun oleh @evleaks, kini gambar asli salah satu model telefon pintar ini iaitu Galaxy Note 5 telah tersebar.


Gambar ini memaparkan reka bentuk Samsung Galaxy Note 5 dari kesemua sisi dan ianya boleh dikatakan mempunyai reka bentuk yang hampir sama seperti Galaxy S6.

Seperti anda sedia maklum, Galaxy Note 5 akan hadir dengan stylus S-Pen dan S-Pen ini dikatakan mungkin mempunyai satu mekanisma yang membolehkanya keluar secara automatik.

Spesifikasi lain yang diketahui untuk telefon pintar ini adalah skrin paparan QHD Super AMOLED berukuran 5.7-inci, pemproses Exynos 7420, 4GB RAM, kamera utama 16MP, kamera selfie 5MP dan Android 5.1 Lollipop.


Galaxy Note 5 dijangka akan mempunyai bateri berkapasiti 3,000mAh yang mana ianya lebih kecil berbanding Galaxy Note 4 namun jangka hayat bateri ini dijangka lebih baik.

Selain itu, seperti Galaxy S6 dan S6 Edge, Galaxy Note 5 juga tidak akan mempunyai slot microSD namun akan hadir didalam tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB, 64GB dan 128GB.

Dari segi perisian pula, versi UI TouchWiz Galaxy Note 5 juga membolehkan anda membuat penetapan khas pada Air Command yang akan diaktifkan secara automatik apabila anda mengeluarkan stylus S-Pen.

Berita baik pasaran tempatan adalah, Galaxy Note 5 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat didalam versi dwi-SIM.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates