Friday, July 31, 2015

Samsung Galaxy A8 mula dijual secara rasmi di Malaysia


Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru didalam siri A ke pasaran tempatan iaitu Galaxy A8, hanya dua minggu selepas pelancaran rasminya di China.

Samsung Galaxy A8 hadir dengan reputasi telefon pintar ternipis daripada Samsung dengan ukuran hanya 5.88mm.

Samsung Galaxy A8 hadir dengan reka bentuk yang berasakan besi dan mewarisi DNA Samsung Galaxy S6 namun panel besi telah digantikan dengan panel aluminium pada A8. 

Galaxy A8 didakwa telefon pintar ternipis Samsung dengan ukuran 5.8mm. 


Dari segi dalaman pula, Galaxy A8 hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan iaitu pemproses Qualcomm Snapdragon 615, 2GB RAM dan dua pilihan kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB. 

Selain itu, Galaxy A8 turut hadir dengan sokongan dwi-SIM dan slot ini juga boleh digunakan untuk kad microSD.

Model ini berukuran 5.7 inci .

Galaxy A8 juga hadir dengan sokongan 4G LTE, NFC, Wi-Fi ‘dual-band’, Bluetooth 4.1, GPS dengan Glonass dan sokongan Beidou.

Dari segi kamera pula, Galaxy A8 mempunyai resolusi kamera yang sama seperti Galaxy S6 iaitu 16MP namun ianya bukan unit yang sama. 

Sensor kamera Galaxy A8 ini mempunyai saiz piksel yang lebih kecil iaitu 1.0 µm selain OIS dan aperture f/1.9. kamera selfie Galaxy A8 adalah kamera 5MP lensa lebar.


Selain itu, Galaxy A8 juga hadir dengan sokongan pengesan capjari pada butang ‘home’ yang mana fungsinya sama seperti pada Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge.

Galaxy A8 akan hadir dengan bateri berkapasiti 3,050mAh dan ditawarkan didalam warna putih sahaja dengan harga penjualan RM1888 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates