Friday, July 31, 2015

HTC One E9 Plus dilancarkan di Malaysia


HTC secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu One E9+ ke pasaran tempatan dan hadir dengan harga penjualan yang lebih berpatutan.

HTC One E9+ hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.5-inci, pemproses Octa-Core 64-bit Helio X10, 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

One E9+ juga hadir dengan unit kamera yang sama seperti One M9 iaitu kamera 20MPf/2.2 yang turut menyokong rakaman video 4K.

Kamera selfie yang dimiliki oleh One E9+ ialah kamera ultraPixel.


Spesifikasi lain yang dimiliki oleh E9+ adalah sokongan dwi-SIM (nano), bateri berkapasiti 2,800mAh, pembesar suara HTC BoomSound dengan sokongan Dolby Audio .

Model ini boleh ditambah dengan kad microSD sehingga 2 TB.

One E9 Plus kini ditawarkan didalam dua warna itu gold sephia dan gold rose pada harga RM1899 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates