Friday, July 31, 2015

Samsung J5 dan J7 mula dijual di Malaysia


Kedua-dua telefon ini telah diperkenalkan oleh pihak Samsung pada bulan lepas, dimana ia hadir dengan penggunaan lampu LED pada bahagian hadapan. 

Berbeza dengan beberapa peranti lain, ia hanya sekadar lampu sahaja, dan pengguna boleh mengaktifkannya, dan kemudian merakamkan gambar selfie dengan terang pada keadaan persekitaran gelap.

Galaxy J5 hadir dengan skrin bersaiz 5 inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 410 1.2Ghz, memori 1.5GB RAM, serta ruangan storan 16GB. 

Galaxy J7 pula menggunakan skrin 5.5 inci, cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 1.5GB RAM, dan ruangan storan sama – 16GB.


Kedua-dua peranti ini menggunakan kamera belakang 13 megapixel, dan kamera hadapan 5 megapixel. Ia turut menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop, serta antaramuka khusus TouchWiz.

Kedua-dua peranti ini telah boleh didapati dari pasaran tempatan, dimana Galaxy J5 ditawarkan pada harga RM799, sementara Galaxy J7 pula pada harga RM999.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates