Friday, July 31, 2015

Sony bakal lancarkan Xperia C5 Ultra pada 3 Ogos 2015

Sony melalui akaun twitternya telah memberikan satu petunjuk bahawa satu telefon pintar baru dengan kebolehan kamera yang hebat akan dilancarkan pada 3 Ogos ini.

Pelancaran terbaru ini menyusul selepas Sony telah memperkenalkan Xperia Z3 Plus Dual ke pasaran Malaysia awal minggu ini.

Telefon pintar yang dikatakan mungkin merujuk kepada Xperia C5 Ultra yang akan hadir dengan lampu flash hadapan dan teknologi pemfokusan pantas iaitu ‘Phase Detection Autofocus’.

Spesifikasi lain yang akan dimiliki ahli terbaru keluarga Xperia ini adalah skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek MT6752, 2GB RAM, kamera utama 13MP dan kamera selfie 5MP (terdapat kemungkinan kamera 13MP juga pada bahagian hadapan).

Dengan pelancaran hanya berbaki beberapa hari, lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar yang akan diumumkan Sony ini akan diketahui.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates