Friday, July 31, 2015

Blackberry mungkin hentikan produknya jika terus alami kerugian


Nasib yang dialami oleh BlackBerry adalah amat menyedihkan. 

Pernah suatu ketika dahulu, ia merupakan pengeluar peranti yang diminati ramai, tetapi kini sedang nazak dengan jumlah jualan peranti tahun lalu bersamaan dengan jualan iPhone selama 8 hari. Ia mengingatkan kita bahawa rezeki di tangan tuhan dan anda boleh tersungkur sepantas anda diletakkan di atas.

Keadaan Blackberry sangat runcing sehingga mereka dikatakan akhirnya hadir dengan peranti Android dan bukan peranti dengan sistem operasi mereka sendiri.

Terkini, CEO Blackberry John Chen dipetik di dalam sebuah temuramah oleh Bloomberg, mengatakan Blackberry mungkin akan berhenti menghasilkan peranti sekiranya terus mengalami kerugian.

Pada suku tahun yang terakhir, keuntungan syarikat menurun sebanyak 31% berbanding suku yang sama pada tahun lalu. Blackberry kemudian hanya akan menumpukan usaha menghasilkan perisian untuk golongan profesional.

Beliau turut mengatakan strategi Blackberry ialah penghasilan peranti berspesifikasi tinggi yang menyasarkan golongan profesional dan menghentikan penjualan peranti berspesifikasi rendah.

Pasaran peranti berspesifasi rendah kini dipenuhi peranti dari China pada harga yang amat murah.

Pihak Blackberry tidak mampu bersaing di dalam pasaran peranti mampu milik buat masa ini.

Pada waktu yang sama jumlah peranti baru akan dikurangkan dari empat kepada hanya dua buah untuk setahun.

Strategi yang dilakukan oleh Blackberry ini mungkin dapat menyelamatkan mereka dari hilang begitu sahaja.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates