Friday, July 31, 2015

Angry Birds 2 kini ditawarkan bagi OS Android dan iOS


Rovio yang merupakan pengeluar permainan popular Angry Birds kini telah melancarkan versi baru permainan ini yang dikenali sebagai Angry Birds 2.

Secara keseluruhan, kesemua permainan yang berkait dengan Angry Birds telah menyaksikan hampir 3 billion muat turun dan Angry Birds 2 merupakan taruhan terbaik syarikat ini untuk mencapai angka 4 billion muat turun didalam masa terdekat.

Walaupun masih mengekalkan cara permainan klasik Angry Birds, Angry Birds 2 hadir dengan beberapa penambahbaikan dan grafik yang lebih baik.

Bagi memudahkan anda melalui kesemua peringkat didalam permainan ini, anda juga boleh membeli ‘gems’. namun jika anda juga boleh memiliki ‘gems’ ini secara percuma dengan melakukan tugas ‘daily quest’.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates