Wednesday, July 15, 2015

Huawei Honor 7 dengan pengimbas cap jari dilancarkan


Telefon pintar terbaharu Huawei Honor 7 didatangkan dengan badan diperbuat dari logam serta pengimbas cap jari yang diletakkan di bawah kamera utama di bahagian belakang. 

Pengimbas cap jari itu bukan sahaja untuk membuka kekunci telefon pintar itu, malah boleh mendaftarkan gesture untuk digunakan bagi melancarkan aplikasi, melancarkan kamera dan juga mengambil gambar.

Huawei memilih untuk tidak menggunakan cip dari pengeluar terkenal seperti Qualcomm dan Mediatek, sebaliknya menggunakan cip buatannya sendiri, Kirin 935. CPU 64 bit ini dilengkapi 8 teras, 4 berfungsi pada 2.2GHz dan 4 lagi berfungsi pada 1.5GHz.

Jumlah RAM ditetapkan pada 3GB dan ruang storan dalaman pula ditetapkan pada 16GB.

Ia dilengkapi skrin HD penuh 5.2 inci dan menjalankan Android 5.0 dengan antaramuka Emotion 3.1 launcher sebagai antaramuka lalainya.

Ia dilengkapi kamera Sony berkeupayaan 20MP dengan lensa f/2.0 dan fokus auto pantas 0.1 saat.

Kamera hadapannya pula berkeupayaan 8MP.


Versi 16GB dengan satu SIM dijual pada harga USD320 manakala versi dua SIM akan dijual pada harga USD355.

Versi 64GB dengan dua slot kad SIM pula boleh didapati pada harga USD400. 

Semua model ini menyokong rangkaian 4G LTE kategori 6 dan NFC.

Huawei Honor 7 akan mula dijual di China mulai 7 Julai 2015 dan di Eropah lewat tahun ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates