Wednesday, July 15, 2015

Samsung Galaxy Note 5 dikatakan akan punyai memori 4 GB RAM



Pada tahun ini, telefon pintar dengan memori 4GB RAM telah menjadi salah satu fokus utama, dimana antara peranti yang dipasarkan hari ini adalah Asus Zenfone 2, selain OnePlus 2 yang bakal dilancarkan.

Kini, ia turut dilaporkan Samsung akan menggunakan memori 4GB RAM pada Galaxy Note 5 kelak.

Galaxy Note 5 dikatakan akan menggunakan memori 4GB LPDDR4 RAM, sekaligus memudahkan lagi pengguna membuat multi-tasking pada telefon pintar mereka, selain menjalankan pelbagai aplikasi pada masa yang sama. 


Untuk pemprosesan, Samsung dijangka menggunakan Exynos 7422 pada telefon pintar ini yang berasaskan kepada 64-bit.

Galaxy Note 5 merupakan salah satu telefon pintar Android yang menjadi fokus ramai pengguna, memandangkan beberapa ciri-ciri yang sering ditawarkan oleh Samsung, termasuk salah satunya adalah sokongan S-Pen.

Dengan kualiti rakaman gambar yang baik pada Note 4 dan Galaxy S6, kita mungkin dapat melihat ia dikekalkan pada Galaxy Note 5 kelak.

Samsung sebelum ini dikatakan akan memperkenalkan Galaxy Note 5 pada IFA 2015 sekitar September, tetapi pada minggu lepas ia turut dikatakan Samsung mungkin menjadikan pengenalannya lebih awal, iaitu sekitar pertengahan Ogos 2015 inik.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates