Wednesday, July 15, 2015

Lumia 640XL mula dijual di Malaysia dengan harga RM999


Microsoft turut menambah penawaran mereka dengan memasarkan variasi LTE untuk pasaran Malaysia.

Lumia 640XL LTE hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci (720p), menggunakan cip Snapdragon 400 1.2Ghz, memori 1GB RAM, serta ruangan storan 8GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 13-megapixel serta kamera hadapan 5-megapixel.

Peranti ini menyertakan bateri berkapasiti 3000mAh.


Lumia 640XL LTE dijana menggunakan Windows Phone 8.1 GDR2 tetapi Microsoft mengatakan ia boleh dikemaskini kepada Windows 10 apabila ia dilancarkan kelak.

Di Malaysia, Lumia 640XL LTE dijual pada harga RM999 – perbezaan sekitar RM70 berbanding Lumia 640XL 3G yang dijual pada harga RM929.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates