Friday, June 19, 2015

Samsung perkenalkan Galaxy J5 dan J7 yang ada flash pada bahagian hadapan


Samsung mula perkenalkan model terbaru mereka yang ada flash pada bahagian kamera hadapan iaitu Samsung Galaxy J5 dan Samsung Galaxy J7 .

Buat permulaan kedua-dua model ini hanya akan dijual di China dahulu .

Kedua-dua model ini mempunyai dual sim dan mempunyai sebuah flash LED pada bahagian hadapan. 

Galaxy J5 mempunyai skrin 5 inci dan diperkasakan pemproses 1.2 GHz empat teras Snapdragon 410, RAM 1.5 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte.

Galaxy J7 pula mempunyai skrin 5.5 inci dan diperkasakan pemproses lapan teras Snapdragon 615, RAM 1,.5 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte .

Kedua-duanya mempunyai kamera belakang 13 MP dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan.

Kapasiti bateri pula ialah 2600 mAh untuk Galaxy J5 dan 3000 mAh untuk Galaxt J7.

Harga jualan untuk J5 ialah RM 840 dan untuk J7 pula RM 1080 . 
Tiada maklumat lagi buat masa ini sama ada ia akan djual di luar pasaran China .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates