Sunday, July 12, 2015

LG G4 Beat dilancarkan


LG G4 Beat yang sebelum ini telah banyak dibocorkan maklumatnya telah akhirnya dilancarkan. 

Spesifikasinya termasuk skrin 5.2 inci dengan resolusi 1080 x 1920, pemproses 1.5GHz octa-core Snapdragon 615 dan 1.5GB RAM.

Tarikan utama telefon pintar LG G4 Beat adalah kameranya. 

Walaupun kamera utamanya hanya berkeupayaan 8MP, ia menggunapakai Colour Spectrum Sensor LG untuk warna semulajadi dan ia mempunyai fokus auto berpandukan lazer serta mod mengambil gambar secara manual.

Kamera hadapannya juga tidak kurang hebatnya dengan keupayaan 5MP dan terdapat mod Gesture Interval Shot LG padanya membolehkan pengguna mengambil 4 gambar berturut-turut dengan hanya menggunakan gestur tangan.

Ia juga dilengkapi ruang storan dalaman 8GB, bateri 2300mAh, Android 5.1.1 Lolipop dan sokongan rangkaian 4G. 

Ia boleh didapati dalam warna perak metalik, putih seramik dan emas. 

Badannya diperbuat dari plastik berbanding LG G4 asal yang diperbuat daripada logam.

Ia kelihatan seperti sebuah telefon pintar tahap sederhana dengan spesifikasi yang baik. 

Harga jualannya masih belum ditetapkan lagi, namun ia akan diketahui tidak lama lagi memandangkan ia akan dipasarkan di pasaran utama Eropah dan Amerika Latin bulan ini diikuti oleh pemasaran secara global tidak lama selepas itu.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates