Friday, June 19, 2015

Google Nexus 6 mula dijual di Malaysia


Nexus 6 yang merupakan telefon pintar Google yang menawarkan pengalaman pengunaan sistem operasi Android Lollipo yang asli kini secara rasminya telah memasuki pasaran tempatan selepas dilancarkan pada bulan Oktober tahun lalu.

DirectD kini menawarkan versi rasmi Malaysia yang diedarkan oleh Brightstar corp.

Nexus 6 ini hadir dengan skrin paparan QHD 6-inci dengan resolusi 2560 x 1440 piksel yang memberikan kepadatan piksel 496ppi

Spesifikasi dalaman Nexus 6 juga tidak kurang hebatnya, ianya diperkuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 805 berkelajun 2.65Ghz dan disertakan dengan 3GB RAM. Pada bahagian belakang, terdapat kamera 13MP f/2.0 dengan flash LED manakala pada bahagian hadapan,terdapat kamera selfie 2MP dan pembesar suara stereo.


Google Nexus 6 mempunyai bateri berkapasiti 3,220mAh yang hadir dengan teknologi ‘turbo charging’ yang memberikan tambahan 6 jam jangka hayat bateri dengan pengecasan selama 15minit.

Versi 32GB Nexus 6 ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu putih dan hitam pada harga RM 2199 dan anda akan menerima filem perlidungan skrin paparan dan perkakas secara percuma. Selain itu, jika anda mempunyai kad keahlian DirectD anda boleh mendapatkanya pada harga RM2099.


Lebih menarik, Google Nexus 6 ini juga dijangka akan menjadi antara telefon pintar pertama yang akan mendapat kemaskini sistem operasi Android M yang dilancarkan beberapa minggu lalu.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates