Tuesday, June 2, 2015

OnePlus Two telah dilancarkan pada 1 Jun 2015


Selepas hampir kesemua telefon pintar utama dilancarkan, kini tiba giliran syarikat yang melancarkan telefon pintar ‘flagship killer smartphone’ yang akan memasuki generasi kedua tahun ini.

Perkara ini telah disahkan melalui akaun Twitter OnePlus dan pelancaran ini akan diadakan pada 1 Jun iaitu pada hari Isnin hadapan.

OnePlus dijangka hadir dengan spesifikasi yang lebih baik dan mempunyai sistem operasi mereka yang tersendiri iaitu Oxygen OS.

Buat masa ini spesifikasi yang diketahui untuk telefon pintar ini adalah pemproses Snapdragon 810, 3GB RAM dan Android 5.1 Lollipop.

Harga penjualan OnePlus Two ini dikatakan akan berada pada sekitar RM1200-RM1500 dan bagi pasaran Malaysia, OnePlus Two mungkin ditawarkan melalui syarikat telekomunikas Maxis seperti OnePlus One.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates