Tuesday, June 2, 2015

Spesifikasi Microsoft Lumia 940XL bocor di internet


Berita ini telah tersebar di internet bebarapa hari lepas .

Antaranya dikatakan Lumia 940XL akan dilengkapi skrin 5.7 inci QHD, pemproses 8 teras Snapdragon 810, 3GB RAM, 32GB ruang storan, kamera utama 20MP, kamera hadapan 5MP, slot kad MicroSD dan rekabentuk badan unibody yang nipis.

Laporan laman web itu juga mencadangkan telefon pintar itu akan dilengkapi teknologi mengimabs iris dan port USB-C yang membolehkan pengguna mengecas telefon pintar tanpa perlu risau menyambungkan kabel secara terbalik. Dijangkakan telefon pintar ini didatangkan dengan Windows 10.

Tiada maklumat mengenai bila telefon pintar ini akan dilancarkan, namun dengan pengumuman pelancaran Windows 10 pada 29 Julai 2015 , tidak mustahil Lumia 940XL akan menyusul tidak lama lagi selepas itu. Kita nantikannya sama-sama .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates