Thursday, May 21, 2015

Oppo melancarkan R7 dan R7 Plus secara rasmi


Oppo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama terbaru mereka bagi tahun ini iaitu Oppo R7 dan R7 Plus yang direka bentuk dengan panel gelas 2.5D dan berasakan keluli sepenuhnya.

Oppo R7 hadir mempunyai skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm MSM8939 Octa-core 1.5GHz, 3GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman ( kad microSD).

Selain itu, Oppo R7 juga hadir dengan bateri berkapasiti 2320mAh yang turut mempunyai teknologi pengecasan VOOC dimana dengan pengecasan 75% boleh dicapai didalam masa 30 minit. Selain itu, Oppo R7 mempunyai kamera utama 13MP, kamera hadapan 8MP dan UI Color OS 2.1 diatas Android 4.4.


Bercakap mengenai kamera yang dimiliki oleh Oppo R7 dan R7 Plus, sensor RGBW yang baru ini dikatakan mampu mengambil gambar yang 32% lebih cerah dan 78% kurang kabur.

Oppo R7 juga menyokong rangkaian LTE dan USB ‘on-the-go’ dan merupakan peranti yang menyokong dwi-SIM.

Selain Oppo R7, Oppo turut melancarkan R7 Plus yang mempunyai skrin paparan 1080p berukuran 6.0-inci, 3GB RAM, memori simpanan 32GB, dan bateri berkapasiti 4,100mAh dengan teknologi pengecasan VOOC.

Antara perbezaan paling ketara antara kedua peranti Oppo ini adalah sensor pengesahan cap jari yang dimiliki oleh R7 Plus. Teknologi sensor cap jari ini adalah berasaskan sentuhan pada panel yang diletakkan di bahagian belakang telefon pintar.


Oppo tidak mengumumkan sebarang maklumat mengenai penjualan antarabangsa namun harga penjualan model ini adala RM1457 bagi Oppo R7 dan RM1748 bagi Oppo R7 Plus.

Oppo turut memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka yang berasakan Android 4.4 KitKat iaitu Color OS 2.1 yang lebih lancar dan ringkas.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates