Monday, March 9, 2015

Sony Xperia E4 dual sim mula dijual di Malaysia


Sony Mobile Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan penawaran telefon pintar baru daripada mereka, iaitu Xperia E4 Dual. Telefon pintar ini membawakan sokongan dwi-SIM dan ia model mampu milik untuk model Sony .

Telefon ini membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 960×540 pixel, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz MTK MT6582, memori 1GB RAM, ruangan storan terbina 8GB, kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Xperia E4 hadir dengan Android 4.4 KitKat, dan menurut Sony, baterinya mampu bertahan penggunaan selama 2 hari.


Telefon ini sekadar menyokong rangkaian 3G sahaja, dan tiada sokongan rangkaian 4G LTE. Salah satu perkara baru yang hadir pada peranti ini adalah rekaannya yang mengambil ciri-ciri elemen baru, selain kerangka belakangnya yang boleh ditanggalkan – berbeza dengan beberapa telefon Sony lain.


Harga jualannya di Malaysia ialah RM459 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates