Monday, March 9, 2015

Alcatel perkenalkan Idol 3


Alcatel Idol 3 , model terbaru Alcatel , boleh digunakan secara terbalik semasa menjawab panggilan telefon tanpa perlu melihat kepada keadaan skrin terlebih dahulu seperti phone lain.

Memang menarik!

Ini boleh dilakukan kerana penggunaan dwi-speaker dan mikrofon yang diposisikan pada speaker atas dan juga pada speaker bawah.

Dua variasi saiz ditawarkan oleh pihak Alcatel, iaitu pada skrin bersaiz 4.7-inci dan juga 5.5-inci. Versi 4.7-inci hadir dengan skrin pada paparan 720p, cip empat-teras, memori 1GB RAM bateri berkapasiti 2000mAh, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.


Versi phablet atau yang menggunakan skrin 5.5-inci pula membawakan paparan pada resolusi 1080p, cip lapan-teras, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel, memori 2GB RAM, dan bateri berkapasiti hampir 3000mAh.

Kedua-dua peranti ini menjalankan Android 5.0 Lollipop, serta dilengkapi antaramuka khusus daripada Alcatel. Alcatel juga turut melengkapkan ia dengan sokongan audio JBL, dan turut menggunakan kelebihan dwi-speaker pada bahagian hadapan untuk memainkan media.

Belum lagi ada berita sama ada ia akan dijual di Malaysia .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates