Thursday, March 12, 2015

Beli barang runcit gunakan apps HappyFresh


Perkhidmatan terbaru yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia ialah HappyFresh . HappyFresh merupakan salah satu aplikasi mudah-alih yang ditawarkan untuk Android dan juga iPhone, membolehkan pengguna membuat tempahan barangan runcit .

Melalui aplikasi ini  , pengguna dapat senarai kedai yang berdekatan dengan anda yang berdaftar dengan HappyFresh. Sebaik sahaja memilih kedai yang anda inginkan, anda seterusnya boleh memulakan proses membeli barangan terus melalui aplikasi berkenaan.

Selesai check-out, anda akan diminta membuat bayaran menggunakan kad kredit, dan seterusnya HappyFresh menjanjikan penghantaran dalam masa lebih kurang sejam selepas itu. Anda juga turut boleh memilih masa dan tarikh yang sesuai untuk penghantaran – dan HappyFresh beroperasi mengikut masa operasi sesuatu kedai – biasanya dari pukul 10 pagi ke 10 malam.


Penggunaan HappyFresh buat masa ini hanya meliputi segelintir kawasan di Kuala Lumpur sahaja. Menggunakan aplikasi sama juga anda turut boleh memantau proses penghantaran dilakukan dan dimanakah lokasi semasa penghantar. Untuk tujuan penghantaran, penghantaran pertama adalah percuma. Penghantaran dalam masa sejam dikenakan caj penghantaran sebanyak RM20 untuk pembelian bernilai bawah RM100, dan RM15 untuk pembelian melangkaui angka RM100.

Penghantaran lain pula dikenakan caj sebanyak RM15 untuk pembelian bawah RM100, RM10 untuk pembelian dibawah RM300, dan percuma jika membeli melangkaui RM300. Pengguna akan diperlihatkan dengan kos yang terlibat dengan penghantaran sebelum mereka membuat pembayaran.


Jika anda menetap di Kuala Lumpur, boleh mencuba perkhidmatan ini hari ini dengan memuat-turun aplikasi HappyFresh daripada Google Play Store atau Apple AppStore.




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates