Thursday, March 12, 2015

BenQ B502 bakal dijual di Malaysia pada harga RM499


BenQ bakal mula menjual telefon pintar terbaru mereka, dikenali sebagai BenQ B502 di Malaysia melalui kerjasama dengan pihak SuperBuy. Pra-tempahan untuknya akan bermula daripada 9 Mac ini sehingga 22 Mac ini, dan dijual pada harga RM499.

BenQ B502 memfokuskan kepada rekaan yang nipis dan dilengkapi skrin bersaiz 5-inci. Telefon pintar ini menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6582 dan dilengkapi GPU Mali-400/MP2.


Untuk tujuan rakaman gambar, pihak BenQ menyertakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Pada bahagian kamera, pihak BenQ turut melengkapkan ia dengan sokongan perisian khusus, dan salah satunya adalah fungsi popular “Beauty Mode”.

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, dan bateri berkapasiti 1800mAh. Untuk sistem operasi, BenQ B502 menggunakan Android 4.4 KitKat.

Selain rekaan yang nipis, pihak BenQ turut melengkapkan sokongan dwi-SIM pada telefon pintar ini. Disamping itu, mereka juga turut menawarkan beberapa pilihan warna untuk peranti ini, iaitu hitam, putih, biru dan merah.




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates