Thursday, March 12, 2015

Vaio Phone lancarkan model pertama mereka


Sony telah mengasingkan jenama komputer riba VAIO mereka pada tahun lepas, dan ia beroperasi secara berasingan. Selang setahun, mereka turut memasuki arena telefon pintar, dan memperkenalkan telefon pintar pertama dinamakan VAIO Phone.

VAIO Phone ini akan dijual di Jepun terlebih dahulu. Telefon pintar ini membawakan skrin bersaiz 5-inci, kamera belakang 13-megapixel, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, dan memori 2GB RAM. Telefon pintar ini juga dijana menggunakan Android 5.0 Lollipop dan tidak membawakan sebarang penambahan pada antaramuka.

Ia boleh dikatakan tiada sebarang ciri-ciri khusus yang menarik hadir pada telefon pintar ini, dan mungkin ini merupakan percubaan pihak VAIO dalam menyertai arena telefon pintar. Ia akan dipasarkan di Jepun pada dengan harga RM1550 , dan boleh dikatakan akan menjadi agak sukar untuk dijual jikalau dibandingkan dengan pelbagai pesaing yang lain.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates