Monday, March 9, 2015

Saygus V2 dual sim dilancarkan


Pastinya ramai pelik dengan jenama ini .

Saya pun baru kali pertama mendengarnya .

Begitulah sengitnya perang antara pengeluar smart phone dunia .

Berbagai jenama baru atau 'rebranding phone' yang muncul seperti cendawan tumbuh .

Saygus merupakan salah satu syarikat telefon pintar yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Sebelum Saygus v2 ini, boleh dikatakan nama syarikat mereka tidak begitu dikenali, malah tidak diberikan perhatian oleh ramai pihak. Saygus V2 sendiri mempunyai nama yang agak unik, dimana ia dipanggil sebagai “Saygus V Square”.

Saygus V2 menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass 4, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon empat-teras 2.5GHz, memori sebanyak 3GB RAM, dan hadir dengan ruangan storan 64Gb. Menariknya pada peranti ini adalah ia dilengkapi dengan dwi-ruangan untuk storan mikro-SD, membolehkan pengguna menggunakan kad mikro-SD sehingga 256GB.

Pada bahagian belakang peranti ini, ia menggunakan kamera 21-megapixel dengan sokongan OIS, selain turut melengkapkan kamera 13-megapixel pada bahagian hadapan – turut dilengkapi dengan sokongan OIS. Pihak Saygus tidak memberikan kami peluang untuk mencuba kameranya, mengatakan ia masih belum stabil sepenuhnya, dan ia akan bersedia dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi.

Pihak Saygus juga turut melengkapkan peranti ini dengan dwi-speaker pada bahagian hadapan menggunakan teknologi Harman Kardon, dan pada masa yang sama menggunakan teknologi antena Fractal dalam menawarkan kualiti rangkaian yang lebih baik.


Pada bahagian bateri, ia membawakan bateri 3100mAh yang boleh ditanggalkan, selain turut hadir dengan sokongan multi-boot. Kami turut tidak dapat melihat ketika demo tersebut berkenaan bagaimanakah fungsi multi-boot pada telefon ini berfungsi. Menurut Saygus, ia menyokong untuk boot terus daripada mikro-SD tanpa menganggu sebarang sistem sedia ada telefon berkenaan.

Bercakap mengenai perisiannya, ia agak mengecewakan memandangkan telefon berspesifikasi tinggi yang hadir pada tahun 2015 ini masih menggunakan Android 4.4 KitKat. Menurut Saygus, kemaskini Lollipop mungkin hadir dalam masa beberapa bulan selepas ia dilancarkan kelak.

Saygus V2 hadir dalam dua pilihan warna, iaitu hitam dan juga putih.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates