Tuesday, March 3, 2015

Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge dilancarkan secara rasmi


Samsung Galaxy S6 adalah telefon pintar yang boleh dikatakan hadir selepas mengambil kira semua kelemahan yang ada pada generasi telefon pintar Galaxy S yang dilancarkan sebelum ini.

Samsung Galaxy S6 yang hadir dengan reka bentuk dwi-gelas dengan rangka aluminium dilihat sebagai telefon pintar Samsung yang paling elegan dan berada didalam kelas yang tersendiri.

Beralih kepada kekuatan dalaman, Samsung Galaxy S6 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Quad HD berukuran 5.1-inci dengan kepadatan piksel bagi skrin ini berada pada kadar menankjubkan iaitu 577ppi dan tidak ketinggalan gelas perlindungan Gorilla Glass 4 keluaran Corning.

Selain itu, butang ‘home’ telefon pintar ini mempunyai tugas sebagai sensor pengesan cap jari dan menyokong servis Samsung Pay.


Pelancaran Samsung Pay boleh dikatakan sebagai pencabar kepada Apple Pay dan ciri pembayaran elektronik ini berfungsi dengan menggunakan NFC dan ‘Magnetic Secure Transmission’ (MST). Samsung Pay telah pun mendapat pengiktirafan daripada Visa,Master Card dan Samsung akan berkejasama dengan lebih banyak syarikat kewangan utama seluruh dunia.

Beralih kepada satu lagi versi Galaxy S6 iaitu S6 Edge namun tidak seperti Note Edge, S6 Edge mmepunyai gelas pada kedua-dua sisi namun lekukan pada telefon pintar ini tidak begitu ketara berbanding Note Edge.


S6 Edge juga mempunyai skrin paparan Super AMOLED 5.1 dengan resolusi 2,560 x 1,440 piksel dan mempunyai gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4.

Kedua-dua versi Galaxy S ini juga hadir dengan 3GB RAM LPDDR4 yang merupakan generasi baru RAM dan telah digunakan pertama kali pada LG G Flex2 dan dijangka akan digunakan oleh hampir semua telefon pintar utama bagi tahun ini.S6 dan S6 Edge juga hadir dengan kamera 16MP yang mempunyai sensor ISOCELL yang baru selain ciri optik pengstabilan imej, fokus auto, satu flash LED dan rakaman video 4K. kamera hadapan kedua-dua peranti ini adalah 5MP yang mampu merakam video 1080p.

Sesuatu yang baru bagi telefon pintar siri Galaxy S adalah, kedua-dua Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge tidak mempunyai slot microSD dan ianya hadir didalam tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB, 64GB dan 128GB namun Samsung mendakwa memori simpanan dalaman ini adalah 2.7 kali lebih pantas beranding kad eMMC 5.0 yang digunakan pada generasi sebelum ini.

Ciri lain kedua-dua Galaxy S6 ini adalah LTE Cat.6, Wi-Fi ac, Bluetooth 4.1, NFC, GPS dengan GLONASS dan Beidou, IR blaster dan radio FM. Bateri Samsung Galaxy S6 adalah 2,550mah manakala S6 Edge mempunyai bateri yang sedikit besar iaitu 2,600mAh.

Samsung juga menyertakan ciri pengecasan tanpa wayar pada Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge. Kedua-dua peranti ini juga boleh digunakan dengan mana-mana pad pengecasan tanpa wayar dipasaran yang menyokong WPC dan PMA (Qi dan PowerMat) namun Samsung juga akan melancarkan pada pengecasan mereka yang tersendiri.

Spesifikasi terakhir yang kami ingin sentuh adalah mengenai sistem operasi, kedua-dua model ini hadir dengan Android 5.0 Lollipop dengan UI TouchWiz yang berasakan reka bentuk ‘material design’selain beberapa ciri dan fungsi baru bagi versi Galaxy S6 Edge.


Ukuran dimensi Samsung Galaxy S6 adalah – 143.4 x 70.5 x 6.8mm dengan berat 138g manakala bagi S6 Edge, ukuran dimensinya adalah 142.1 x 70.1 x 7.0mm dengan 132g

Jika sebelum ini penawaran simpanan ‘Cloud’ pada telefon pintar Samsung ditawarkan oleh Dropbox, Samsung kini berkerjasama dengan Microsoft yang menawarkan 115GB ruang simpanan OneDrive secara percuma bagi 2 tahun.

Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge akan dilancarkan di 20 negara pada 10 April ini sebelum ke lebih banyak pasaran pada bulan Mei dan sebab utama kelewatan ini mungkin disebabkan peralihan cip pemproses.

Samsung Galaxy S6 akan ditawarkan didalam warna putih mutiara, hitam, platinum emas, dan biru manakala S6 Edge akan ditawarkan didalam putih mutiara, hitam, platinum emas, dan hijau.


Harga penjualan bagi kedua-dua peranti ini masih belum diumumkan namun ianya akan diketahui beberapa minggu sebelum pelancaran rasmi dipasaran.

Dijangka mula dijual di Malaysia pada pertengahan April 2015 ini .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates