Tuesday, March 3, 2015

HTC One M9 juga dilancarkan secara rasmi


HTC juga tidak ketinggalan melancarkan telefon pintar utama mereka di MWC 2015 iaitu HTC One M9.

HTC One M9 hadir dengan reka bentuk yang lebih efektif, lapisan kali scalar, gelas sapphire pada lensa kamera dan walaupun memiliki DNA seperti M8, M9 mempunyai reka bentuk yang lebih minimalistik,ringan dan lebih kecil.

Selain itu, butang ‘power’ bagi One M9 juga diletakkan pada lokasi baru manakala butang bunyi juga telah diberikan penambahbaikan selain pilihan warna yang baru.

One M9 hadir didalam warna perak dengan lapisan emas ros pada rangka, warna kelabu, warna emas penuh dan warna merah jambu berserta campuran emas.


Spesifikasi One M9 juga seperti yang pernah dikhabar anginkan sebelum ini, ianya masih menggunakan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci yang sama seperti pada M8 namun mempunyai sedikit kemaskini dari segi teknologi dan penghasilan warna. 

Walaupun menghadapi masalah pemanasan melampau, HTC membuat keputusan untuk menggunakan pemproses Snapdragon 810 dan ianya disertakan dengan 3GB RAM.

Spesifikasi utama yang lain adalah, memori simpanan dalaman 32GB, LTE Cat.6 atau Cat.9 ( mengikut benua) dengan sokongan 21 band LTE, GPS + GLONASS, Bluetooth 4.1, NFC dan Wi-Fi ac

Bateri yang disertakan pada HTC One M9 ini mempunyai kapasiti 2,840mAh dan ianya menyokong ciri pengecasan ‘Fast Charging’.

Ciri yang paling menarik perhatian pada M9 adalah pembesar suara BoomSound yang kini hadir dengan teknologi Dolby Sound.

Selain itu, perubahan ketara antara M8 dan M9 adalah pada bahagian kamera, HTC telah membuat keputusan untuk kembali ke alam nyata dan telah mengenepikan teknologi kamera duo dan melengkapkan kamera 20MP yang diperbuat oleh Toshiba. Kamera ini juga disertakan dengan lampu dual-LED dan boleh merakam video 4K namun sedikit mendukacitakan adalah kamera ini tidak mempunyai optik pengstabilan imej.


Kamera UltraPixel 4MP yang diletakkan pada bahagian belakang One M7 dan One M8 kini diletakkan pada sebagai kamera selfie namun unit kamera ini tidak mempunyai fungsi pengfokusan auto.

HTC One M9 hadir dengan sistem operasi Android 5.0 Lollipop dengan UI HTC Sense 7 yang hadir dengan banyak ciri dan fungsi baru.

HTC One M9 akan mula memasuki pasaran antarabangsa sekitar penghujung bulan Mac ini namun buat masa ini tiada sebarang harga diumumkan. Kami meramalkan harga penjualan model ini di Malaysia akan kekal pada RM 2399 sebelum GST.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates