Tuesday, March 3, 2015

Lenovo turut lancarkan Vibe Shot dan A7000


Lenovo yang turut hadir di MWC 2015 secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar terbaru iaitu Lenovo Vibe Shot yang memfokuskan kepuasaan pengunaan kamera dan A 7000 yang merupakan telefon pintar kelas pertengahan dengan teknologi Dolby Atmos.

Lenovo Vibe Shot hadir dengan reka bentuk yang unik dan mempunyai sedikit persamaan dengan kamera traditional. Dari segi fungsinya sebagai telefon pintar, Lenovo Vibe Shot hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci dan permukaan hadapan dan belakang telefon pintar ini juga dilindungi dengan Corning Gorilla Glass.

Beralih kepada fokus utama telefon pintar ini, iaitu kamera, ianya hadir dengan kamera 16MP dengan lensa 6-modular berserta lampu led tiga warna. Sensor kamera ini juga mempunya optik pengstabilan imej selain fokus infrared bagi mempercepatkan lagi pemfokusan dan sebagai pelengkap, Vibe Shot juga mempunyai butang fizikal kamera pada bahagian sisi kanan.



Pemproses yang digunakan pada Vibe Shot adalah Snapdragon 615 dengan 3GB RAM manakala memori simpanan dalaman adalah 32GB dan jika itu tidak cukup untuk anda, slot microSD juga ditawarkan.

Bateri pada Lenovo Vibe Shot adalah 2,900mAh yang dilihat sangat baik memandangkan reka bentuk telefon pintar ini yang nipis iaitu hanya 7.3mm.

Sesuai dengan namanya Vibe Shot juga hadir dengan kamera hadapan yang baik iaitu dengan unit kamera 8MP.

Lenovo Vibe Shot dijangka akan mula memasuki pasaran utama antarabangsa pada bulan Jun dengan harga penjualan dianggarkan $349 iaitu sekitar RM 1,267 .

Satu lagi telefon pintar yang dilancarkan semalam adalah Lenovo A7000 yang mana ianya merupakan telefon pintar pertama didunia yang hadir dengan teknologi Dolby ATMOS. Teknologi Audio ini boleh dinikmati apabila ‘headphone’ digunakan.


Spesifikasi lain telefon pintar ini adalah skrin paparan IPS HD berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek berkelajuan 1.5GHz, 2GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman selain slot microSD. A7000 juga menyokong rangkaian LTE dan merupakan telefon pintar Dwi-SIM.

Beralih kepada kamera, A 7000 dilengkapi kamera utama 8MP manakala kamera hadapan adalah 5MP dan sama seperti Vibe Shot, ianya turut dilengkapi bateri berkapasiti 2,900mAh dan mempunyai berat keseluruhan 140gram.

Lenovo A7000 akan mula ditawarkan di pasaran utama dunia mulai bulan ini pada harga $170 iaitu sekitar RM 617.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates