Tuesday, March 3, 2015

Microsoft lancarkan Lumia 640 dan 640XL secara rasmi


Microsoft turut melancarkan dua telefon pintar dibawah nama Lumia iaitu Lumia 640 dan Lumia 640XL. Kedua-dua telefon pintar ini akan hadir dengan sistem operasi Windows Phone 8.1 dan juga dijanjikan kemaskini Windows 10.

Lumia 640 hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5.0-inci dengan kepadatan 294ppi selain gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3. Dari segi pemproses pula, ianya hadir dengan pemproses Snapdragon 400 berkelajuan 1.2GHz dan disertakan dengan 1GB RAM manakala memori simpanan dalaman adalah 8GB selain slot microSD.

Lumia 640 turut mempunyai kamera 8MP pada bahagian belakang manakala kamera selfie sedikit mengecewakan iaitu hanya 1MP. Bateri pada telefon pintar Lumia ini adalah 2,500mAh dan ianya hadir didalam dua versi iaitu versi 3G (satu SIM) dan LTE (Dwi-SIM).

Harga penjualan Lumia 640 dijangka RM568.64 bagi versi 3G dan RM649.87 bagi versi 4G LTE dengan penjualan akan bermula pada bulan hadapan.

Lumia 640XL turut dilancarkan dan sesuai dengan namanya, ianya mempunyai skrin paparan yang lebih besar daripada Lumia 640 iaitu skirn paparan 5.7-inci namun masih mengekalkan resolusi 720p dengan kepadatan piksel 259ppi. 

Sama seperti 640, Lumia 640XL mempunyai pemproses Snapdragon 400 berkelajuan 1.2GHz, 1GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman, dan slot microSD.

Perbezaan lain antara kedua peranti ini adalah, Lumia 640XL hadir dengan kamera 13MP manakala kamera selfie adalah 5MP dan disertakan dengan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Harga penjualan Lumia 640XL sedikit tinggi berbanding Lumia 640 namun ianya masih didalam kategori mampu milik. Seperti Lumia 640, telefon pintar ini juga akan mula dijual mulai bulan April dengan harga penjualan RM771.84 bagi versi 3G manakala versi 4G LTE akan dijual pada harga RM894.15 .


1 comment:

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates