Wednesday, March 4, 2015

Sony perkenalkan Xperia M4 Aqua


Sony telah memperkenalkan model terbarunya iaitu Sony Xperia M4 Aqua.

Seperti pada namanya, Xperia M4 Aqua hadir dengan sokongan kalis air, membolehkan pengguna menggunakan peranti walaupun ketika hujan, ditepi pantai dan pada beberapa keadaan lain.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini menggunakan skrin bersaiz 5 inci dengan paparan 1280×720 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 615 Octa-Core, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan auto-fokus, dan kamera hadapan 5-megapixel. 


Model ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti 2400 mAh, Ia mampu bertahan beberapa hari dan mempunyai masa penggunaan biasa 2 hari, lebih kurang seperti Xperia Z3 sebelum ini.

Sony akan menawarkan telefon pintar ini dilebih 80 buah negara. Tarikh jualan dan harga untuk pasaran Malaysia bakal diumumkan tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates