Tuesday, February 24, 2015

HTC One M9 dilengkapi kamera 20 MP


HTC yang bakal melancarkan generasi terbaru telefon pintar utama mereka pada 1 Mac 2015 ini dilihat tidak dapat merahsiakan lagi sebarang berita mengenainya.

Pengedar Cyberport.de yang berpangkalan di Jerman telah menyenaraikan telefon pintar dilaman web mereka lengkap dengan gambar, spesifikasi dan juga warna yang ditawarkan.

Walaupun cyberport.de telah menarik balik kesemua maklumat mengenai HTC M9 ini, kebanyakan maklumat ini telah pun dimuat turun. HTC M9 dilihat masih mengekalkan reka bentuk ikonik M8 dan ianya dikatakan akan dilengkapi dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 810, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan slot memori 
microSD.



HTC M9 akan dengan sistem operasi Android 5.0 Lollipop yang disertakan dengan UI HTC Sense 7 manakala pada bahagian kamera, HTC M9 akan hadir dengan kamera utama 20MP manakala kamera selfie adalah 4MP dengan teknologi UltraPixel.

HTC One M9 akan dilengkapi dengan bateri 2,900mAh dengan kenipisan 9.61mm.


One M9 akan dilancarkan pada hari Ahad ini iaitu 1 Mac 2015 pada tarikh yang sama dimana Samsung akan melancarkan telefon pintar mereka iaitu Galaxy S6 dan S6 Edge.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates