Tuesday, February 24, 2015

Google perkenalkan YouTube untuk kanak-kanak


Pada tahun lepas, beberapa desas-desus hadir mengatakan Google akan memperkenalkan sejumlah perkhidmatan mereka yang mesra kanak-kanak, dan kini ia dilihat Google akan memulakannya dengan sebuah aplikasi YouTube khusus untuk kanak-kanak.

Aplikasi ini dikatakan akan dilancarkan pada minggu hadapan, 23 Februari, 2015 dan ditawarkan untuk pengguna Android untuk peringkat permulaan.

Melalui aplikasi berkenaan, ia akan menawarkan kandungan mesra kanak-kanak, disamping membawakan antaramuka yang mudah digunakan bagi kanak-kanak. Beberapa elemen akan dibuang daripada aplikasi khusus ini, termasuk bahagian komen.

Beberapa fungsi tambahan dijangka akan diperkenalkan Google khusus untuk aplikasi ini, termasuk panel kawalan untuk ibubapa dan penjaga, serta membolehkan mereka mengawal berapa lamakah anak-anak mereka boleh menghabiskan masa pada aplikasi YouTube Kids.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates