Thursday, February 19, 2015

Xiaomi Mi Pad mula dijual di Malaysia bermula Feb 2015


Selepas pelancaran Mi Note dan Mi Note Pro bulan lalu tumpuan pengguna di Malaysia adalah untuk menyaksikan pelancaran kedua-dua model ini di pasaran tempatan namun sementara menunggu ketibaanya Xiaomi bakal memberikan anda satu lagi peranti yang pasti akan menarik perhatian ramai.

Walaupun lambat namun Xiaomi Mi Pad dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan apabila penjualan tablet ini dimulakan bulan ini.

Xiaomi Malaysi melalui laman Facebook rasminya telah mendedahkan bahawa tablet Mi Pad akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

MiPad ini hadir dengan srkin paparan IPS 7.9-inci yang dibuat oleh Sharp. Ianya mempunyai resolusi 2048×1536 piksel dan lebih menarik disini adalah, skrin paparan ini adalah sama seperti skrin paparan yang digunakan oleh Apple pada tablet iPad Mini Retina Display.


Dari segi pemproses pula, MiPad hadir dengan pemproses berkuasa tinggi Nvidia Tegra K1 berkelajuan 2.2Ghz, 2GB RAM, kamera hadapan 5MP, kamera belakang 8MP dan ditawarkan didalam dua pilihan memori simpanan dalaman. maklumat lanjut mengenai MiPad disini

Bercakap mengenai harga, ketika pelancaranya tahun lalu, Xiaomi Mi Pad ditawarkan pada harga dijual pada harga sekitar RM858 bagi versi Wi-Fi 16GB manakala versi WI-Fi 64GB pula dijual pada harga sekitar RM 972

Namun kini harga penjualan semasa bagi Mi Pad versi Wi-Fi 16GB adalah sekitar RM 743 manakala harga bagi versi 64GB kekal.

Mi Pad dilancarkan didalam warna kuning, hijau, biru dan putih namun warna putih sahaja akan warna ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 799.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates