Tuesday, February 17, 2015

Samsung Galaxy Note Edge mula dijual di Malaysia


Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar phablet mereka yang terbaru dan telefon pintar ini pasti menarik perhatian ramai.

Samsung Galaxy Edge adalah sama seperti Galaxy Note 4 dengan skrin paparan sahaja satu-satunya perubahan ketara pada model ini. Note Edge mempunyai skrin pada bahagian sisi yang membolehkan anda menerima notifikasi mesej, panggilan dan banyak lagi tanpa menganggu aktiviti anda pada skrin utama.

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Note Edge mempunyai dua pilihan pemproses iaitu Snapdragon 805 berkelajuan 2.7GHz, Android KitKat, kamera 16MP OIS, S-Pen, 3GB RAM dan memori simpanan dalaman 32GB


Kamera Samsung Galaxy Edge adalah 16MP manakala kamera selfie adalah 3.7MP. Kapasiti bateri pada Note Edge adalah sedikit kecil iaitu 3,000mAh berbanding 3,220mAh pada Galaxy Note 4.

Samsung Galaxy Note Edge akan ditawarkan didalam dua warna iaitu putih dan hitam dengan harga penjualan RM2999.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates