Tuesday, February 17, 2015

Harga telefon pintar & tablet dijangka meningkat kerana GST


Cukai barangan dan perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai GST akan dilaksanakan mulai 1 April ini dan telefon pintar juga dan tablet juga akan dikenakan cukai ini pada kadar 6%.

Pada peringkat awal pelaksanaan cukai perkhimatan ini, boleh dikatakan harga bagi kesemua telefon pintar dan tablet yang ditawarkan di pasaran akan meningkat sebanyak 6%

Namun selepas itu, kenaikan itu bergantung kepada harga pesaing peranti dan telefon mudah alih dalam pasaran.

Kenaikan 6% ini dilihat sangat tinggi dan akan menjadikan kos pemilikan sesebuah telefon pintar dan tablet akan menjadi lebih tinggi .

Contohnya jika anda ingin membeli iPhone 6 64GB, harga penjualan sekarang adalah RM 2749 dan jika ditambah 6% harga penjualan baru akan menjadi RM 2913.94.

Walaubagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan samada kini terdapat sebarang cukai dikenakan bagi telefon pintar dan jika ada, cukai tersebut akan digantikan dengan GST.

Bagi anda yang bercadang untuk membuat pembelian telefon pintar baru kami cadangkan anda melakukanya sebelum 1 April bagi mengelakkan cukai GST yang akan meningkatkan lagi harga peranti idaman anda.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates