Tuesday, February 17, 2015

Lenovo P70 dilancarkan dengan bateri lebih tahan lama


Lenovo P70 dilengkapi skrin paparan IPS 720p berukuran 5.0-inci, pemproses MediaTek MT6752 berkelajuan 1.7GHz yang disertakan dengan 2GB RAM, kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP, 16GB memori simpanan dalaman, slot microSD (sehingga 32GB), sokongan dwi-SIM dan lebih mengagumkan ianya juga menyokong LTE.

Seperti yang kami perkatakan pada awalnya, Lenovo mendakwa P70 mempunyai jangka hayat sehingga 34 hari. Kapasiti Bateri yang digunakan pada telefon pintar ini adalah 4,000mAh.

Dakwaan Lenovo yang mengatakan telefon pintar ini mampu bertahan didalam keadaan ‘standby’ sehingga 34 hari adalah sesuatu yang luar biasa bagi sesuatu telefon pintar walaupun jumlah ini adalah bagi 2G manakala bagi pengunaan 3G ianya mampu bertahan sehingga 29 hari dan pada rangkaian 4G ianya mampu bertahan sehingga 30.5 hari.


Bagi pengunaan secara purata, Lenovo P70 dijangka mampu bertahan sehingga tiga hari didalam satu kali cas dan pengecasan bateri selama 15 minit mampu memberikan anda 2 jam pelayaran internet, 7 jam mendengar muzik dan 1 jam untuk menonton video atau permainan video

Lenovo P70 kini sudah dijual di pasaran China pada harga CNY 1399 iaitu sekitar RM 804 dan hanya ditawarkan didalam warna biru ‘midnight blue’/

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates