Thursday, February 19, 2015

Samsung Galaxy A7 mula dijual di Malaysia


Samsung Galaxy A7 mula dijual i Malaysia pada harga RM 1499.

Seperti Galaxy A3 dan A5, Galaxy A7 juga hadir dengan reka bentuk premium berasaskan Samsung Galaxy Alpha.

Samsung Galaxy A7 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci (401ppi), pemproses Qualcomm Snapragon 615, 2GB RAM, memori simpanan dalaman 16GB (menyokong kad microSD sehingga 64GB), kamera utama 13MP dan kamera selfie 5MP.

Selain itu, Galaxy A7 juga mempunyai bateri berkapasiti 2,600mAh dan merupakan telefon pintar paling nipis pernah dikeluarkan Samsung iaitu 6.3mm.


Samsung Galaxy A7 kini sudah boleh dibeli dan ditawarkan didalam 4 warna iaitu putih, hitam, emas dan perak


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates