Thursday, February 19, 2015

Meizu MX4 Pro mula dijual di Malaysia dengan harga RM 1399


MX Pro dilengkapi dengan skrin paparan QHD 5.5-inci buatan Sharp dan mempunyai resolusi 2560 x 1536 yang memberikan kepadatan piksel mencecah 542ppi. Skrin paparan ini juga mempunyai panel sisi yang sangat nipis iaitu hanya 2.8mm.

Meizu MX4 Pro hadir dengan pemproses Exynos 5430 keluaran Samsung, 3GB RAM dan hadir didalam tiga pilihan memori simpanan iaitu 16GB, 32GB dan 64GB dan ketiga-tiga versi ini juga mempunyai slot microSD.

Sesuai dengan nama pro, MX4 Pro ini juga hadir dengan kamera yang hebat, ianya dilengkapi dengan kamera 20.7MP IMX220 Exmor RS yang diperbuat oleh Sony manakala kamera hadapan adalah 5MP dengan sensor OmniVision OV5693. Aperture bagi kedua-dua kamera ini adalah f/2.2.

MX4 Pro juga hadir dengan NFC, dual-band Wi-Fi 802.11 ac, Bluetooth 4.0., menyokong rangkaian TD-LTE dan FDD-LTE dan bateri berkapasiti 3,350mAh.


Sebagai ciri kesalamatan, MX4 Pro juga mempunyai pengesan capjari yang dilindungi dengan gelas sapphire pada ‘home button’ yang mana teknologi ini kenali sebagai mTouch. Seperti produk Apple, pengesan capjari MX4 Pro ini hadir dengan gelung besi dan tindak balas mTouch ini dikatakan 0.5 saat dan mempunyai 360 darjah pengesanan.

MX4 Pro ini beroperasi menggunakan Android 4.4 KitKat yang disertakan dengan OS Flyme 4.0. dan telefon pintar ini hadir didalam warna emas, putih dan kelabu namun hanya warna kelabu ditawarkan di sini buat masa sekarang

Model MX 4 Pro ini hadir didalam dua kapasiti iaitu 16GB dan 32GB dengan harga penjualan RM1399 dan RM1599 .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates